Other

SESI PENGGULUNGAN TITAH DIRAJA PADA 3 MAC 2009

JAWAPAN BERTULIS

Soalan 1:
Yang Berhormat Bakri meminta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyenaraikan seluruh nama syarikat yang memegang AP kayu import dari tahun 2007 sehingga Mac 2009.

Jawapan:
Senarai nama syarikat pemegang AP import Kayu berdasarkan lesen JK69 untuk tempoh 2007 hingga Februari 2009 bagi Semenanjung Malaysia adalah seperti di lampiran I dan bagi Negeri Sabah adalah seperti di lampiran II. Manakala pengeluaran AP bagi Negeri Sarawak adalah di bawah bidang kuasa Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA)

Soalan 2:
Yang Berhormat Bakri meminta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menjelaskan apakah bantuan-bantuan yang disediakan oleh Kementerian dalam membantu industri perabot Negara dalam memperolehi bekalan kayu import yang murah.

Jawapan:
Untuk makluman Yang Berhormat, bagi membantu industri perabut negara, pengusaha-pengusaha perabot yang mengimport bekalan kayu tidak dikenakan sebarang cukai bagi mengimport bahan mentah tersebut. Selain itu, bagi meringankan beban pengimport kayu di Malaysia, Majlis Kayu Kayan (MTC) mengadakan Program Bantuan
Import Sumber Bahan Mentah (Raw Material Supply Import Assistance Program) sejak tahun 2004. Bantuan sebanyak RM 40 untuk satu meter padu kayu diberikan kepada pemohon yang layak bagi membiayai kos pengangkutan atau Iogistik. Permohonan ini hanya diterima daripada pengusaha yang menjadi ahli persatuan kayu-kayan yang diiktiraf dan akan dipertimbangkan serta diluluskan oleh pihak MTC. Pada tahun 2008, sejumlah 54 buah syarikat telah diluluskan bagi mendapatkan
bantuan tersebut.

Soalan 3:
Yang Berhormat Bakri meminta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi minta Kementerian menjelaskan selain dari Malaysian International Furniture Fair (MIFF) adakah pihak Kementerian juga memberikan bantuan kepada Export Furniture Exhibition (EFE). Apakah Kementerian memberikan bantuan yang sama kepada pertubuhan-pertubuhan yang bertujuan untuk mempromosikan produk-produk perabot tempatan seperti mana Kementerian memberi bantuan kepada MIFF. Sila jelaskan.

Jawapan:
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan dan Kementerian memberi sokongan dan pengiktirafan kepada kedua-dua pameran tersebut. Walau bagaimanapun, Kementerian tidak memberikan sebarang bantuan dari segi kewangan bagi menganjurkan kedua-dua pameran berkaitan.LAMPIRAN 1
__________________________________________________________________________________

Lampiran

SENARAI SYARIKAT PEMEGANG LESEN IMPORT (JK 69) KAYU BALAK I LSS & BAKAU DI SEMENANJUNG PADA TAHUN 2007, 2008 DAN 2009 (JAN-FEB)

1. Active Advance Enterprise Sdn. Bhd.
2. Agensi Amar
3. Amin Agency
4. Asia Plywood Co. Sdn. Bhd.
5. Autowin Timber Enterprise
6. Awal Idaman Sdn. Bhd.
7. Barter Trade (Melaka) Sdn. Bhd.
8. Besgrade Products Sdn. Bhd.
9. BTM Timber Industries Sdn. Bhd.
10. C.T. Industrial Supply Sdn. Bhd.
11. Cintara Resources Sdn. Bhd.
12. Dawa Timber Industries (M) Sdn. Bhd.
13. Dekor Panel Emas Sdn. Bhd.
14. Ekspresi Gemilang Sdn. Bhd.
15. Eleplas Industries Sdn. Bhd.
16. Evergreen Fibreboard Sdn. Bhd.
17. Foo Tat Trading Co.
18. Fowseng Industri (M) Sdn. Bhd.
19. Gimzan Plywood Sdn. Bhd.
20. Hok Lai Timber (M) Sdn. Bhd.
21. Homer Fancy Plywood (M) Sdn. Bhd.
22. Industri Perkayuan Peserai (M) Sdn. Bhd.
23. Jalinan Semula Sdn. Bhd.
24. Juatenggara Sdn. Bhd.
25. Kammads Shipping & Fwdg. (M) Sdn. Bhd.
26. Karib F.R. Enterprise
27. Kayu Manis Industries Sdn. Bhd.
28. Kayu Merah Enterprise
29. Kim Teck Lee Timber Trading Sdn. Bhd.
30. Kin Heng Timber Industries Sdn. Bhd.
31. Khor Kheng Wah & Sons
32. Krubong Management Services (M) Sdn. Bhd..
33. Liong Hup Piling & Agency
34. Maran Road Sawmill Sdn. Bhd.
35. Mentakab Veneer & Plywood Sdn. Bhd.
36. Noordin bin Abd. Hamid
37. Ong Wood Products
38. Perusahaan Kayu Pahang Timur Sdn. Bhd.
39. Seng Choon Plywood (M) Sdn. Bhd.
40. Shem Fatt Trading
41. Shun I Wood Industries Sdn. Bhd.
42. Siddhata Sdn. Bhd.
43. Sure Maz Enterprise
44. Syarikat U.D. Trading Corp Sdn. Bhd.
45. Tan Kai Liat Sdn. Bhd.
46. Teak- Timber Sdn. Bhd.
47. Tekun Project Management
48. Tong Lee Hardware & Timber Sdn. Bhd.
49. Top Level Trading
50. TPC Mokuzai Products (M) Sdn. Bhd.
51. TPS Wooden Industries Sdn. Bhd.
52. Trueloc Interational Sdn. Bhd.
53. Truwest Enterprise Sdn. Bhd.
54. Twins Furniture Manufacturer Sdn. Bhd.
55. Woodview Products Sdn. Bhd.
56. Yeh Brothers Wood Works (M) Sdn. Bhd.
57. Yikchun Wood Industri (M) Sdn. Bhd.
58. Zhing-Yi Make Up Board Co. Sdn. Bhd.

SENARAI SYARIKAT PEMEGANG LESEN IMPORT (JK 69) KAYU BALAK I LSS & BAKAU DI SABAH PADA TAHUN 2007, 2008 DAN 2009 (JAN-FEB)

1. Cymao Plywood
2. DPML Corporation
3. Haluan Mesra
4. Hock Foh Hing Enterprise
5. Ikasujaya Furniture
6. Insiration Furniture
7. Kin Kah Timber
8. LTJ Setia Enterprise
9. Marbina Timber
10. Megabig Enterprise
11. Megah Samudra Sdn. Bhd.
12. Mitramas Resource
13. M.P.I. Tringle Trade
14. Nadiajaya Enterprise
15. Pemborong Hata Jaya
16. Southern Square
17. Sykt. Sabah Baru
18. Sykt. Samasko Jaya
19. Tawau Plywood Mfg.